Bola Sepak

'Jersi baharu nampak murah'

Oleh Agensi

London: Kit baharu Chelsea untuk musim depan sudah terdedah dan boleh dikatakan peminat tidak berpuas hati dengan rekaan terbaru itu.

Sebilangan peminat Chelsea menyelar jersi baharu tuan rumah kelab itu yang kelihatan 'murah' dengan reka bentuk 'krayon kanak-kanak di kolar'.

Kit tuan rumah serta di tempat lawan itu didedahkan oleh Footy Headlines, yang terkenal membocorkan kit terbaru sebelum ia dikeluarkan secara rasmi kelab berkenaan.

Keputusan kelab London Barat itu untuk menambah reka bentuk kolar lengkap dengan garis tidak kemas pada baju biru mencetuskan rasa kurang senang penyokong kelab itu.

"Nampak seperti jersi berpasukan yang murah dengan reka bentuk krayon kanak-kanak di kolar. Sayangnya," luah seorang penyokong.

Seorang lagi peminat berkata: "Sangat mengejutkan kerana kolar itu nampak murah."

Bagaimanapun seorang peminat tidak begitu mengecam apabila berkata: "Kelihatan agak kemas. Namun, sangat tidak menyukai kolar berbutang pada kit tuan rumah."

Disiarkan pada: March 5, 2022 @ 10:23pm
d