Bola Sepak

Leeds kalah kali kelima berturut-turut

Oleh Reuters

Leicester: Aksi pertama Leeds United pasca era Marcelo Bielsa menyaksikan kekalahan 0-1 kepada Leicester City pada perlawanan Liga Perdana, hari ini.

Bagaimanapun pengurus baharu Leeds, Jesse Marsch menyaksikan banyak petanda positif daripada pasukan yang melepaskan 20 gol bulan lalu.

Penyerang Leicester, Jamie Vardy melakukan ancaman ke atas Leeds di awal permainan tetapi pelawat berjaya mengikat kedudukan tanpa jaringan sepanjang 45 minit babak pertama.

Leeds juga mempunyai peluang pada separuh masa kedua namun penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel kerap menafikan cubaan pasukan pelawat.

Tetapi Leicester akhirnya memecah kebuntuan menerusi gol Harvey Barnes minit ke-67.

Leicester naik di tangga ke-10 manakala kekalahan kelima berturut-turut dialami Leeds menyaksikan mereka hanya mempunyai kelebihan dua mata dari zon penyingkiran.

Bagaimanapun Leeds sudah beraksi lebih banyak perlawanan berbanding semua pasukan di bawah mereka.

Disiarkan pada: March 5, 2022 @ 11:03pm
d