Bola Sepak

Eriksen kembali normal

Oleh Reuters

Norwich: Pemain tengah Brentford, Christian Eriksen memulakan perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami serangan jantung apabila membantu pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Norwich City, semalam.

Pemain Denmark yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan nyawanya di atas padang pada Euro 2020 selepas tumbang ketika bertemu Finland Jun tahun lalu dan memasang peranti khas di dalam jantungnya membuat penampilan penuh yang pertama bersama kelab barunya.

Sepakan sudut Eriksen disempurnakan Ivan Toney yang kemudiannya menyempurnakan dua penalti selepas waktu rehat.

Eriksen yang masuk sebagai pemain gantian ketika berdepan Newcastle United di Brentford sebelum ini, diberi kepercayaan beraksi sepenuh masa.

"Saya tidak mengatakan bahawa dia episod baru, saya akan mengatakan saya meneruskan hidup saya," kata bekas pemain Tottenham Hotspur.

"Sudah tentu ada sedikit kekurangan, ia mengambil masa beberapa bulan tapi selepas itu ia adalah mengenai peluang saya untuk kembali bersama keluarga dan menjalani kehidupan normal semula.

Pengurus Brentford, Thomas Frank memuji penampilan rakannya dari Denmark dan berkata masih ada lagi yang akan datang.

"Bagus melihat dia bermain 90 minit. Ia adalah hantaran terbaik untuk gol pertama dan terdapat beberapa lagi hantaran yang baik dan gembira dapat melihatnya.

Kemenangan itu meredakan kebimbangan Brentford apabila terkeluar dari zon penyingkiran dan kini menghuni kedudukan ke-15 dengan 27 mata namun ia belum cukup selamat apabila bermain lebih banyak dari lawan yang berada di bawah mereka.

Disiarkan pada: March 6, 2022 @ 9:28am
d