Bola Sepak

Chelsea berhutang dengan Inter kerana Lukaku

Oleh Agensi

London: Chelsea didakwa masih berhutang £71 juta (RM388 juta) kepada Inter Milan untuk perjanjian membabitkan Romelu Lukaku.

The Blues menandatangani pemain kebangsaan Belgium itu pada jendela perpindahan musim panas lalu sekitar £97.5 juta (RM532j) iaitu merupakan perpindahan mencatat rekod kelab.

Juara bertahan Liga Juara-Juara itu membayar kelab Itali £19 juta (RM103j) dan mengikut perjanjian mereka sepatutnya membayar jumlah penuh dalam lima bayaran berperingkat.

Menurut laporan The Sun, Chelsea masih berhutang £71 juta, terdapat juga £100 juta (RM546j) yang perlu dibelanjakan bagi perpindahan lain yang belum lengkap.

Bagaimanapun, skuad Blues dijangka menerima £167 juta (RM912j) daripada pasukan lain berikutan pembabitan dalam perjanjian pertukaran pemain, yang mampu membantu menyelesaikan perkara itu.

Lukaku beraksi 19 kali dan menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Dia turut beraksi dalam perlawanan berdepan Newcastle United, semalam.

Disiarkan pada: March 14, 2022 @ 10:02pm
d