Bola Sepak

City terkucil di Selhurst Park

Oleh AFP

London: Pep Guardiola tetap tenang walaupun Manchester City membazirkan banyak peluang ketika seri 0-0 di Crystal Palace yang menjejaskan misi mengekalkan gelaran Liga Perdana.

Skuad Guardiola melakukan 18 percubaan dan menguasai 74 peratus perlawanan tetapi meninggalkan Selhurst Park dengan kekecewaan.

Bernardo Silva dan Aymeric Laporte antara pemain yang terlepas peluang terbaik manakala penjaga gol Palace, Vicente Guaita tangkas menyelamatkan gawangnya.

Selepas pasukan di tangga Liverpool menang di Brighton semalam, City kini hanya empat mata di atas skuad Jurgen Klopp.

Liverpool bakal merapatkannya dengan satu mata jika mereka menewaskan pasukan di tangga keempat, Arsenal Khamis ini.

Tetapi Guardiola enggan panik malah tetap memuji prestasi City dan kedudukan mereka dalam pertarungan merebut gelaran.

"Kami beraksi dengan baik dan mencipta banyak peluang namun gagal disempurnakan. Adakalanya, ia berlaku," katanya.

"Sudah tentu saya mahu menang tetapi cara kami bermain tetap hebat di stadium sukar yang rumputnya tidak dijaga dengan baik.

"Ada banyak lagi perlawanan menunggu, tak perlu dikesalkan mengenai pasukan. Tuah tidak wujud dalam bola sepak. Kami perlu jaringkan gol tetapi gagal melakukannya," kata Guardiola.

Disiarkan pada: March 15, 2022 @ 7:15am
d