Bola Sepak

Penyokong United cetus masalah

Oleh Reuters

Manchester, England: Manchester United yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Atletico Madrid di Old Trafford bakal berdepan hukuman daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) selepas penyokong mereka membaling objek ke arah pengurus pasukan pelawat, Diego Simeone.

Simeone yang bergegas menuju ke terowong selepas tamat perlawanan dihujani dengan lontaran botol plastik, minuman dan objek lain namun semuanya tersasar, sama seperti nasib dialami pemain United di atas padang yang tumpul di depan gawang lawan.

Insiden memalukan itu akan terkandung dalam laporan perlawanan Uefa dengan siasatan disiplin serta hukuman menunggu United.

Dalam aksi awal pagi tadi, Atletico menang 1-0 menerusi tandukan Renan Lodi dan mara ke suku akhir dengan agregat 2-1.

Disiarkan pada: March 16, 2022 @ 8:43am
d