Bola Sepak

TMJ kecam peminat toksik, mudah lupa jasa pemain

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'masih berangin' dengan segelintir penyokong bola sepak tempatan yang disifatkan mempunyai pemikiran toksik dan mudah lupa jasa pemain negara.

Menerusi satu komen di ruang akaun Instagramnya, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecam tindakan penyokong yang mengedit gambar tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan pemain Manchester United, Harry Maguire.

Tindakan nakal penyokong itu dipercayai untuk menyamakan aksi longlai Maguire yang kerap membuat kesilapan ketika beraksi.

"Toxic mentality dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class (tahap rendah). Semua lupa pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.

"Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka, seolah-olah tiada makna. Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai," kata Tunku Ismail.

Sebelum ini, saudara kembarnya, Zaquan Adha turut mempertahankan abangnya itu di laman sosial miliknya.

Terdahulu skuad negara tewas 1-2 di tangan Singapura dengan penyokong menyalahkan Aidil kerana gagal mengawal penyerang lawan hingga mengakibatkan gawang negara dibocori dua kali.

Disiarkan pada: March 29, 2022 @ 6:09pm
d