Bola Sepak

JDT Hummer produk pelancongan sukan terkini di Johor

Oleh Mohamed Farid Noh

Iskandar Puteri: Stadium Sultan Ibrahim, di sini, menawarkan produk pelancongan yang dikenali sebagai JDT Hummer Tour sebagai perintis pelancongan sukan di negeri ini.

Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Kevin Ramalingam, berkata produk pelancongan sukan itu adalah tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai di stadium berkenaan bermula esok.

Katanya, JDT Hummer Tour itu ditawarkan dengan kadar bayaran RM30 setiap orang.

"JDT Hummer Tour ini membolehkan pengunjung melihat sendiri stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta'zim itu selama sepuluh minit dengan menaiki kereta mewah limosin Hummer, yang disediakan.

Disiarkan pada: March 31, 2022 @ 8:13pm
d