Bola Sepak

Martinez harap Dybala akan gembira biar di manapun dia berada

Oleh Agensi

Itali: Lautaro Martinez tidak tahu ke mana arah Paulo Dybala akan beraksi musim depan namun berharap 'biar di mana pun Dybala akan gembira."

Kontrak Dybala bersama Juventus akan tamat pada penghujung musim ini dan menjadikannya antara ejen bebas yang paling dicari pada jendela perpindahan akan datang.

Khabar angin mula bertiup dan ada yang mengatakan bahawa berkemungkinan besar dia akan menyertai rakan sepasukan Argentina, Martinez di Inter walaupun spekulasi turut mengatakan penyerang Nerazzurri akan berpindah.

Namun apabila mereka bergabung bersama pasukan kebangsaan, Martinez menegaskan masa depan Dybala sudah ditetapkan.

"Kami tidak menyentuh subjek itu," kata Martinez.

"Kami bercakap tentang banyak perkara, tentang situasinya dan segala-galanya tetapi hari ini dia memikirkan tentang pasukan kebangsaan.

"Masa depannya akan ditentukan apabila perlawanan berakhir.

"Dia seorang pemain yang berkualiti, personaliti dan saya harap dia bermain di tempat yang dia rasa paling selesa di mana dia gembira."

Martinez turut memberi tumpuan kepada peranannya bersama Argentina selain aksi di Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini, penampilan pertama dalam kariernya bersama Albiceleste.

"(Piala Dunia) adalah impian saya sejak kecil," kata Martinez. "Dengan keluarga saya, saya sentiasa bercakap tentang perkara ini - mereka semua peminat bola sepak."

Disiarkan pada: May 28, 2022 @ 9:45am
d