Bola Sepak

Akhirnya Verstappen beri kerjasama dengan Netflix

Oleh Reuters

Silverstone: Penyandang juara Formula Satu (F1), Max Verstappen berkata, dia sekarang ini bersedia untuk bekerjasama dengan Netflix bagi program dokumentari bersiri Drive to Survive apabila rancangan itu tidak menyatakan fakta yang tepat.

Pemandu Red Bull itu tidak mahu bekerjasama dengan penerbit untuk musim keempat rancangan berkenaan yang ditayangkan pada tahun ini.

Musim terbaru meliputi pertarungan kejuaraan Verstappen yang kontroversi dan hangat dengan pesaingnya dari Mercedes dan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Mac lalu, dia berkata mempunyai hak dan pendiriannya tidak mungkin berubah, tetapi Netflix dan Formula Satu (F1) mengesahkan terdapat dua lagi musim yang ditayangkan sejak Mei dan pelumba kelahiran Belanda berusia 24 tahun itu berkata, kali ini dia banyak terbabit dalam rancangan berkenaan.

"Saya hanya duduk bersama-sama dengan mereka dan saya menjelaskan bagaimana saya memikirkannya dan apa yang saya tersalah tafsir pada masa lalu dan ia sebenarnya adalah borak santai yang sangat baik," katanya kepada media.

Verstappen berkata, dia akan mendapat lebih banyak pendapat tentang bagaimana dia digambarkan dan rakaman digunakan.

"Itu sahaja yang saya minta. Itu lebih realistik, sekurang-kurangnya dari pihak saya," katanya.

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 5:28pm
d