Bola Sepak

Pemain Milan didenda akibat ejek musuh tradisi

Oleh AFP

Milan: Sebilangan pemain AC Milan didenda oleh Persekutuan Bola Sepak Itali kerana menghina musuh setempat, Inter Milan semasa perarakan kejuaraan Serie A.

Sandro Tonali, Rade Krunic dan Mike Maignan diperintahkan membayar €4,000 (RM18,352) dan Theo Hernandez €5,000 (RM22,940) untuk pelbagai kesalahan yang dianggap bertentangan dengan 'prinsip integriti, kejujuran dan ketelusan'.

Ini termasuk mengangkat sepanduk di atas bas dua tingkat terbuka yang bergerak melalui Milan pada 23 Mei yang berbunyi 'you can stick the Italian Cup up your a***'.

Inter muncul juara musim lalu tetapi melepaskan trofi kepada Milan pada hari terakhir persaingan Scudetto yang sengit.

Milan juga didenda €12,000 (RM55,056) untuk kesalahan berkenaan.

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 9:13pm
d