Bola Sepak

Klopp berang dengan sikap anak buahnya

Oleh AFP

Manchester: Liverpool memulakan kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengecewakan apabila seri menentang pasukan yang baru dinaikkan ke saingan utama liga England, Fulham.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berasa marah dengan persembahan pasukannya di Craven Cottage apabila mereka gagal meraih mata penuh tatkala perebutan kejuaraan EPL sudah bermula.

Jurulatih kelahiran Jerman itu marah dengan sikap anak buahnya ketika berdepan tuan rumah, hanya persembahan pemain gantian, Darwin Nunez berjaya menyelamatkan mereka.

Klopp berasa gusar dengan persembahan pasukannya di Fulham selepas dua kali ketinggalan di belakang anak buah Marco Silva.

Gol daripada Darwin Nunez dan Mohamed Salah akhirnya menyelamatkan mereka untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Bagaimanapun, mereka masih jauh daripada mempamerkan permulaan yang sempurna untuk musim ini dan prestasi itu membuatkan Klopp berang dengan pemainnya.

"Sebenarnya kami bermula dengan cara yang bertentangan yang kami mahu lakukan.

"Kami sudah terbiasa dengan lebih banyak penguasaan dan kami tidak dapat melakukan perkara itu kerana kami bermain dengan tidak cukup bagus, tidak cukup pantas, tidak cukup tepat.

"Kami tidak bermain dengan baik, dari saat pertama lagi apabila kami tidak menemui permainan sebenar.

"Saya tidak fikir saya pernah mengatakannya sebelum ini, tetapi kami mempunyai sikap yang salah untuk permainan ini. Begitulah keadaannya, jadi kami terpaksa berjuang," kata Klopp

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 9:27am
d