Bola Sepak

Setiawangsa Rangers FC dapat jemputan Eropah

Kuala Lumpur: Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers FC melangkah setapak lagi, kali ini di persada antarabangsa apabila mendapat penghormatan dijemput menyertai Persidangan Legasi Johan Cruyff di Amsterdam, hari ini.

Malah, kelab yang diketuai Khushairi Aizad Jamalludin itu juga mendapat jemputan untuk melakukan kunjungan rasmi ke kelab Inggeris, Queens Park Rangers FC, Selasa depan.

Khushairi berkata, kedua-dua jemputan itu sangat istimewa sekali gus satu pengiktirafan kepada kelab itu sejak ditubuhkan empat tahun itu.

"Kami akan melakukan pembentangan mengenai program pembangunan yang kami jalankan di Gelanggang Futsal Cruyff Seri Semarak di PPR Seri Semarak dan Gelanggang Futsal Cruyff Air Panas di PPR Kampung Baru Air Panas."

Disiarkan pada: September 21, 2022 @ 10:12am
d