Bola Sepak

Iringan doa TMJ buat Arif Aiman

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi pesanan khas buat ayam tambatannya Arif Aiman Hanapi supaya terus merendah diri dan kekal berdisiplin.

Pesanan khas untuk bintang sedang meningkat itu diberi menerusi komen di laman Instagram Arif Aiman.

"Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh.

"Aku berdoa semoga Allah sentiasa berkati kau dan kurniakan banyak lagi rezeki dan kejayaan. Jaga diri," katanya.

Nasihat itu turut dibalas Arif yang bertekad untuk sentiasa mengingati pesanan Tunku Ismail.

"Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya Allah," katanya.

Sebagai rekod, Arif Aiman berjaya membantu skuad Harimau Selatan meraih tiga piala musim ini iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Piala FA dan juga Liga Super.

Disiarkan pada: October 3, 2022 @ 5:25pm
d