Bola Sepak

Chelsea tewaskan Arsenal ikat Mudryk

Oleh AFP

London: Chelsea berjaya menewaskan Arsenal untuk mendapatkan pemain sayap antarabangsa Ukraine, Mykhailo Mudryk dari Shakhtar Donetsk dengan bayaran yang boleh meningkat kepada £88 juta (RM466.35 juta).

Shakhtar mengesahkan kos awal Mudryk yang perlu dibayar Blues mencecah €70 juta (RM371.1 juta) dengan tambahan 30 juta lagi berdasarkan prestasi.

Pemain berusia 22 tahun itu menandatangani perjanjian lapan tahun setengah Stamford Bridge.

Dia adalah pemain yang sudah lama menjadi sasaran Gunners dengan Mudryk sebelum ini dilihat akan menyertai pendahulu Liga Perdana itu namun Arsenal menolak untuk membayar Shakhtar €100 juta (RM530 juta) kepada Shakhtar.

"Kami sentiasa mahu memperbaiki skuad," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta selepas pasukannya menang 2-0 ke atas Tottenham.

"Kelab akan berusaha melakukan segala yang kami mampu untuk meningkatkan pemain. Tetapi saya fikir kita juga perlu mempunyai disiplin."

Chelsea setakat ini sudah membelanjakan melebihi £400 juta (RM2.1 bilion) di bawah pemilikan konsortium Todd Boehly .

"Kami gembira mengalu-alukan Mykhailo ke Chelsea," kata Boehly dan pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali dalam satu kenyataan.

"Dia memiliki bakat yang sangat menarik dan kami percaya ia akan menjadi tambahan hebat kepada skuad kami sekarang dan pada tahun-tahun akan datang.

Disiarkan pada: January 16, 2023 @ 8:15am
d