Bola Sepak

Penyokong biadap didakwa di mahkamah

Oleh AFP

London: Seorang penonton didakwa menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale selepas perlawanan derby Utara London menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu, kata Polis Metropolitan.

Joseph Watts, 35, dituduh melakukan serangan dengan memukul dan menceroboh masuk ke dalam padang sebelum melakukan kekasaran susulan kemenangan 2-0 pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Stadium Tottenham Hotspur.

Watts, dari Hackney, Utara London, didakwa hari ini dan akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Highbury pada 17 Februari.

Susulan insiden itu, Persatuan Bolasepak (FA) England mengutuk sekeras-kerasnya insiden bekenaan.

Manakala Tottenham menegaskan keganasan dalam apa juga bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.

Kemenangan Arsenal menyaksikan kelab itu kini mempunyai kelebihan lapan mata di puncak liga.

Disiarkan pada: January 18, 2023 @ 11:26am
d