Bola Sepak

Kelantan FC sasar miliki fasiliti sendiri

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Kelantan FC menyasarkan tempoh lima tahun ke depan bakal memiliki fasiliti sendiri termasuk pusat latihan serba moden buat pasukan itu.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, dalam tempoh beberapa tahun ini, beliau merancang untuk menyediakan kemudahan itu.

Katanya, selain pusat latihan, skuad The Red Warriors akan turut mempunyai kemudahan pusat pemulihan kecederaan dan gimnasium sendiri.

"Tak lambat tak cepat. InshaAllah, kita akan ada padang latihan sendiri siap dengan 'Sport Rehab Centre' sendiri.

"Yang penting plan lima tahun ke depan dah ada," katanya di laman Facebook miliknya, hari ini.

Ketika ini, tiga kelab Liga Malaysia sudah memiliki pusat latihan sendiri iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC.

Selain mempunyai padang latihan, ketiga-tiga kelab turut menyediakan pusat gimnasium yang lengkap buat kegunaan pemain pasukan masing-masing.

Malah, JDT dan Selangor memiliki kemudahan perubatan sukan termasuk pemulihan kecederaan dan pemulihan kecergasan serba moden seperti kolam pemulihan.

Disiarkan pada: January 26, 2023 @ 3:02pm
d