Bola Sepak

Liverpool ikat Bajcetic sehingga 2027

Oleh Agensi

London: Pemain muda Liverpool, Stefan Bajcetic menandatangani kontrak baharu kontrak empat tahun yang akan memastikan dia terus kekal di Anfield sehingga 2027.

Pemain tengah dari Sepanyol itu tampil kali pertama dalam skuad Jurgen Klopp pada Ogos tahun lalu, sejurus sebelum berusia 18 tahun.

Dia kemudiannya tampil sembilan lagi perlawanan termasuk menjaringkan satu gol ketika menewaskan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park pada Disember lalu.

"Terdapat pintu, saya tak pasti sama ada ia terbuka atau tidak tetapi dia merempuhnya dan dia benar-benar luar biasa," kata Klopp merujuk pencapaian Bajcetic.

Bajcetic yang menyertai Liverpool dari Celta Vigo pada Disember 2020 dengan harga £220,000 (RM1.15 juta) berkata: "Sangat menakjubkan betapa pantas ia berlalu tetapi saya terus bekerja keras dan berharap banyak lagi yang akan tiba."

Disiarkan pada: January 27, 2023 @ 12:59pm
d