Bola Sepak

Nottingham sambar kapten Ghana

Oleh Reuters

London: Nottingham Forest menandatangani penyerang Ghana Andre Ayew sehingga akhir musim, jelas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Kapten Ghana tiba dari kelab Qatar, Al Sadd, tempat dia beraksi sejak 2021, menjaringkan 15 gol dalam 21 perlawanan liga dan memenangi kejuaraan Liga Bintang Qatar musim lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu kembali ke Britain di mana dia pernah berkhidmat di Swansea City dan West Ham United dan sekali lagi akan dilatih oleh Steve Cooper, yang pernah dilatihnya di kelab Wales itu pada 2019.

"Ia adalah perasaan yang hebat untuk menyertai Nottingham Forest," kata Ayew.

"Steve Cooper adalah seseorang yang sangat mengenali saya dan tahu bagaimana untuk bekerja dengan saya di dalam dan di luar padang.

"Saya tahu apa yang boleh saya bawa kepada pasukan, saya bersedia memberikan yang terbaik dan memastikan kami mampu kekal dalam EPL."

Ayew beraksi sebanyak 113 kali di peringkat antarabangsa dan menyertai tiga Piala Dunia, termasuk edisi tahun lalu di Qatar.

Nottingham Forest berada di tempat ke-13 dengan 21 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.

Disiarkan pada: February 3, 2023 @ 11:50am
d