Bola Sepak

Man City berdepan dakwaan pelanggaran kewangan

Oleh Reuters

London: Manchester City dirujuk kepada suruhanjaya bebas berhubung dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana, kata Liga Perdana, hari ini.

Pelanggaran itu berlaku dari musim 2009-10 hingga kempen 2017-18.

City didakwa telah melanggar peraturan yang berkaitan dengan penyediaan maklumat kewangan yang tepat.

City juga didakwa kerana gagal mematuhi peraturan Liga Perdana yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan Fair Play UEFA dari musim 2013-14 hingga 2017-18.

Kelab itu juga gagal mematuhi peraturan Liga Perdana mengenai keuntungan dari musim 2015-16 hingga 2017-18.

"Jawatankuasa Suruhanjaya akan dilantik oleh pengerusi bebas Panel Kehakiman Liga Perdana.

"Prosiding di hadapan Suruhanjaya adalah sulit dan didengar secara tertutup. Liga Perdana tidak akan membuat sebarang komen lanjut berhubung perkara ini sehingga diberitahu kelak," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: February 6, 2023 @ 7:13pm
d