Bola Sepak

'Berikan gelaran EPL kepada Man United, Liverpool'

Oleh Agensi

London: Penyokong di media sosial mendakwa Manchester United dan Liverpool harus dianugerahkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Manchester City didakwa melanggar peraturan kewangan.

Liga Perdana hari ini mendakwa City melanggar peraturan kewangan lebih daripada 100 kali dalam tempoh sembilan musim.

Selepas mengetahui berita itu, penyokong Liverpool dan Man United segera mendakwa bahawa pasukan mereka harus dianugerahkan gelaran Liga Perdana pada tahun di mana mereka menduduki tempat kedua di belakang skuad bimbingan Guardiola.

Liverpool hanya kurang satu mata di belakang City pada musim 2018-19 dan 2021-22. The Reds juga ketinggalan dua mata di belakang City pada musim 2013-14.

United pula dinafikan kejuaraan liga musim 2011-12 oleh City menerusi perbezaan gol hasil kemenangan dramatik Sergio Aguero pada perlawanan terakhir liga.

Seorang penyokong Liverpool menulis: "Jika didapati bersalah perlu ada potongan mata. Kami hanya mempunyai satu gelaran dan bukannya tiga kerana kami bersaing dengan pasukan yang melanggar undang-undang."

Seorang lagi penyokong menulis: "Berikan gelaran Liga Perdana kepada pasukan tempat kedua pada 2013-14, 2018-19 dan 2021-22 sebagai hukuman."

Penyokong United pula berkata: "Beri Manchester United dan Jose Mourinho gelaran Liga Perdana 2017-18."

Disiarkan pada: February 6, 2023 @ 9:18pm
d