Bola Sepak

Man United projek jangka panjang Ten Hag

Oleh Reuters

Manchester: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata, perancangan jangka panjangnya adalah membina budaya dan membangunkan pemain di kelab itu.

United melantik Ten Hag pada April 2022 bagi menggantikan pengendali sementara, Ralf Rangnick.

Mereka kini menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Arsenal dan berpeluang menang trofi pertama sejak 2017 apabila bakal berdepan Newcastle United di final Piala Liga pada 26 Februari ini.

"Saya selalu berfikir mengenai jangka panjang di setiap kelab saya berkhidmat dan mahu membina budaya, gaya permainan serta sudah tentu membangunkan pemain dan kelab," katanya.

"Saya fikir mengenai jangka panjang dalam kontrak dan jenjela perpindahan kerana saya berada di landasan yang tepat.

"Saya tidak berada di sini untuk setahun, saya di sini untuk tempoh lebih panjang dan mahu membina projek jangka panjang, tetapi tidak bolehh mengesahkan berapa lama tempoh itu," tambahnya.

United akan melayan kunjungan Leeds United pada perlawanan EPL, awal pagi ini.

Disiarkan pada: February 8, 2023 @ 9:24pm
d