Bola Sepak

Adisak jangkakan pertembungan sengit menentang JDT

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Penyerang import baharu Terengganu FC, Adisak Kraisorn mengakui Johor Darul Ta'zim (JDT) lawan yang digeruni sekali gus menjangkakan pertembungan sengit untuk perebutan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 24 Februari ini.

Pemain dari Thailand ini menyatakan pernah mengikuti perkembangan pemain-pemain JDT terutamanya mereka yang pernah beraksi di pentas skuad kebangsaan selain turut mempunyai barisan import yang cemerlang.

Namun, Adisak juga percaya dengan kemampuan pemain-pemain Terengganu FC yang juga tidak boleh dipandang mudah menyaksikan pasukan ketika ini sedang bekerja keras mempersiapkan diri untuk menghadapi aksi pertama 24 Februari ini.

"Kami sudah mempersiapkan diri lebih sebulan sekarang dan semuanya sedang bekerja keras untuk beraksi sebaiknya nanti.

"Kita tahu rata-rata mereka ada dalam skuad kebangsaan dan juga ada pemain import yang terbaik tetapi kami juga ada pemain import yang bagus.

"Saya turut mengenali Diogo (Luis Santo), dia pernah beraksi di Liga Thailand dan ada juga saya tengok pemain-pemain lain beraksi terutamanya ketika di skuad kebangsaan, jadi saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang hebat nanti", katanya.

Adisak yang berjaya membantu Thailand muncul juara Piala AFF 2022 bersedia untuk menyahut cabaran baharu di Liga Malaysia bersama skuad Penyu di mana dia ketika ini bersama pasukan sedang menjalani latihan pramusim di Bangkok.

"Ini cabaran baharu untuk saya di Malaysia memandangkan Liga Super bagi saya antara yang terbaik di Asean.

"Saya ada tengok juga di Youtube bagaimana ramainya penyokong di Terengganu dan mereka sangat baik, jadi saya suka di sini.

"Berkenaan bermain di waktu petang, sudah tentu saya tiada masalah sebab di Thailand juga kadang-kadang ada bermain di waktu petang.

"Untuk itu, saya juga kena belajar memahami peraturan Liga Malaysia

Disiarkan pada: February 10, 2023 @ 2:25pm
d