Bola Sepak

Man United 'laku keras'

Oleh Agensi

London: Lima pesaing utama dilihat serius untuk tampil bersaing bagi membeli Manchester United.

The Red Devils mula di buka untuk dijual sejak November tahun lalu apabila keluarga Glazer akur dengan tekanan daripada penyokong.

Bank terkemuka AS, Raine menyelia proses penjualan itu dan telah menetapkan tarikh akhir 17 Februari untuk mana-mana pihak mengemukakan tawaran membeli kelab itu.

Peminat United sejak zaman kanak-kanak serta jutawan British, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan berminat untuk membeli kelab itu.

Menurut Mail, lima pesaing utama bersedia untuk bersaing membeli Red Devils.

Ratcliffe, 70, dilaporkan telah melantik gergasi Wall Street, JP Morgan dan Goldman Sachs untuk membantu dalam proses pembelian itu.

Tetapi jutawan dari Qatar yang bidaannya datang daripada dana individu dan tidak ada kaitan dengan pemilikan Pelaburan Sukan Qatar Paris Saint-Germain, yakin mereka mampu mengemukakan tawaran paling menarik.

Antara pesaing serius lain yang dikaitkan adalah dari Arab Saudi.

Beberapa pembeli Arab Saudi yang berpotensi dilaporkan menyatakan minat mereka dan sedang meneliti kewangan United.

Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai kaitan dengan pemilikan Newcastle United.

Disiarkan pada: February 10, 2023 @ 10:02pm
d