Bola Sepak

Chelsea masih tagih khidmat Silva

Oleh Reuters

London: Pertahanan Chelsea berusia 38 tahun, Thiago Silva menyambung kontrak lagi setahun untuk membolehkannya kekal di kelab London barat itu sehingga 2024.

Bekas pertahanan tengah AC Milan, yang beraksi 106 kali bersama Chelsea, menyertai The Blues dari Paris St Germain pada 2020, sebelum merangkul gelaran Liga Juara-Juara pada hujung musim berkenaan.

"Apabila saya menandatangani kontrak pertama di sini, ia hanyalah dalam tempoh setahun. Sekarang sudah memasuki empat tahun.

"Saya tidak dapat bayangkan perkara ini namun ia adalah saat yang sangat istimewa buat saya dan terus kekal di Chelsea," kata Silva yang juga berjaya meraih Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab pada 2021.

Dia mengetuai skuad Brazil dan beraksi sebanyak 113 kali selepas Piala Dunia tahun lalu, di mana mereka kalah di suku akhir kepada Croatia.

"Dia mempunyai bakat berkelas dunia, kerana dia membuktikannya selama bertahun-tahun untuk kelab dan negara, dan pengalaman, kualiti serta kemahiran kepimpinannya adalah penting untuk visi kami ke hadapan," kata pengerusi Chelsea Todd Boehly.

Chelsea berada di tangga kesembilan liga dan akan berdepan seteru setempat London, West Ham United malam ini sebelum berkunjung ke tempat lawan menentang Borussia Dortmund dalam aksi 16 akhir Liga Juara-Juara Khamis ini.

Disiarkan pada: February 11, 2023 @ 9:30am
d