Bola Sepak

De Gea akui United sudah mempunyai mentaliti kemenangan

Oleh Reuters

London: Mentaliti kemenangan sudah kembali ke Manchester United selepas enam tahun kemarau trofi, jelas penjaga gol, David de Gea.

Kemenangan 2-0 United ke atas Newcastle United dalam perlawanan akhir Piala Liga di Wembley bagi memastikan pengurus, Erik ten Hag memenangi trofi pada musim pertamanya.

Mengambil kira di mana United memulakan musim ini, ia adalah satu transformasi yang pantas dan De Gea memuji bekas pengurus Ajax Amsterdam itu.

"Ia sukar untuk digambarkan dan saya beremosi kerana sudah lama tanpa trofi," kata De Gea, yang mengekalkan rekod kelab tanpa bolos ke-181 kali untuk mengatasi Peter Schmeichel, berkata.

"Permulaan untuk era baharu. Pasukan bersedia untuk segala-galanya. Kami menunjukkan hari ini kami boleh memenangi trofi. Jadi mari kita nikmati masa ini. Saya rasa mentaliti pasukan adalah satu kemenangan.

"Kami memenangi perlawanan dan semua mendapat impak turut daripada bangku simpanan. Mari kekalkan momentum."

De Gea adalah sebahagian daripada pasukan terakhir Manchester United yang memenangi Liga Perdana Inggeris pada 2012-13 dan juga menjaga gawang ketika United memenangi Liga Europa dan Piala Liga pada 2017.

Dengan United masih memburu kejuaraan Liga Europa, Piala FA dan Liga Perdana, keyakinan mereka semakin meningkat.

Disiarkan pada: February 27, 2023 @ 11:59am
d