Bola Sepak

Firmino sedia tinggalkan Liverpool

Oleh AFP

Liverpool: Roberto Firmino bersedia untuk meninggalkan Liverpool selepas kontraknya berakhir hujung musim ini, sekali gus menamatkan karier selama lapan tahun di Anfield.

Sky Sports dan BBC melaporkan bahawa pemain berusia tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan The Reds melalui perpindahan percuma berbanding untuk menyambung kontrak baru.

Firmino, yang menjaringkan 102 gol dalam 353 penampilan bersama kelab berkenaan adalah antara tonggak penting kepada kebangkitan Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Eropah di bawah Jurgen Klopp.

Dia meraih beberapa pengiktirafan kejohanan utama termasuk saingan Liga Juara-Juara, EPL, Piala Dunia Kelab dan Piala FA sejak berpindah dari Hoffenheim pada 2015.

Pemain kelahiran Brazil itu Pemain Brazil itu kehilangan tempat sejak beberapa musim kebelakangan ini kerana ketibaan Diogo Jota, Luis Diaz, Darwin Nunez dan Cody Gakpo di Anfield.

Firmino adalah salah satu daripada lima pemain Liverpool yang tamat kontrak hujung musim menjelang pembinaan semula pasukan itu besar-besaran.

Pemain tengah Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain juga dijangka meninggalkan pasukan.

Masa depan pemain berusia 37 tahun, James Milner dan penjaga gol ketiga, Adrian juga masih belum pasti.

Disiarkan pada: March 4, 2023 @ 12:46pm
d