Bola Sepak

Sri Pahang sedia sekat Sabah FC

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak sesekali memberi peluang kepada Sabah FC membawa pulang mata pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Bekas pemain kebangsaan Singapura itu berkata, kelebihan beraksi di halaman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengutip tiga mata.

"Sudah pasti kami mahu menang di tempat sendiri, malam esok, sekali gus mengutip tiga mata untuk memastikan kedudukan terbaik dalam Liga Super.

"Namun saya akui Sabah berada pada prestasi terbaik ketika ini terutama mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan menduduki tempat kedua liga, ketika ini.

"Bagi saya peluang masih terbuka untuk kami menyekat Sabah berdasarkan peningkatan prestasi dipersembahkan semua pemain selepas empat perlawanan.

"Justeru, pemain mesti memanfaatkan segala peluang yang ada untuk meningkatkan prestasi terutama bermain di tempat sendiri dengan sokongan padu peminat," katanya.

Selepas tiga perlawanan liga, Sri Pahang berada di kedudukan kelima dengan mengekalkan rekod tanpa kalah manakala anak buah Datuk Ong Kim Swee mengutip sembilan mata dan berada di tempat kedua.

Mengulas prestasi pemain Korea Selatan, Lee Jeong Geun, Fandi mengakui pemain tengah itu belum berada pada prestasi terbaik kerana baharu sahaja menyertai pasukan.

Disiarkan pada: March 11, 2023 @ 1:02pm
d