Bola Sepak

De Jong tak ingin tinggalkan Barca

Oleh Agensi

London: Frenkie de Jong mengulangi hasrat untuk kekal di kelab impiannya iaitu Barcelona biarpun dia menjadi sasaran utama Manchester United

Menyifatkan Barcelona sebagai 'pasukan impiannya' memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab itu.

Pada musim panas 2022, pemain antarabangsa Belanda itu dikaitkan dengan perpindahan ke Red Devils.

Bagaimanapun, ketika Old Trafford sedang membuat tawaran dengan Blaugrana, pemain itu tidak pernah membayangkan mahu berpisah dengan pasukan Camp Nou.

De Jong sekali lagi menegaskan bahawa dia akan kekal di Barcelona untuk tahun-tahun akan datang.

"Saya harap saya boleh bermain di Camp Nou yang baharu. Barcelona sentiasa menjadi kelab impian saya dan saya mahu kekal di sini selama bertahun-tahun."

"Bagi saya, Camp Nou adalah stadium tercantik di dunia. Rancangan untuk stadium itu sangat baik. Untuk meneruskan di sini selama bertahun-tahun. Barca adalah pasukan impian saya."

Pasukan La Liga itu bersedia untuk mengubah suai Camp Nou dan tidak akan bermain di dalamnya untuk kempen 2023/24. Oleh itu, nampaknya pemain berusia 25 tahun itu merancang untuk kekal di kelab gergasi Sepanyol itu untuk jangka masa panjang.

Terdahulu Manchester United dilaporkan berminat untuk membawa De Jong ke Old Trafford untuk pertemuan semula dengan bekas bos Ajax, Erik ten Hag.

Barca bagaimanapun dikatakan berminat untuk mendapatkan wang dan membantu mengurangkan beberapa masalah kewangan mereka.

Khabar angin mula bertiup dengan United melancarkan tawaran baharu untuk pemain berusia 25 tahun itu pada penghujung musim.

Bagaimanapun, De Jong nampaknya tidak berganjak dalam hasratnya untuk kekal di Camp Nou, stadium di mana kerja-kerja pengubahsuaian akan dilakukan sehingga 2026, pada tahun yang sama kontrak De Jong akan tamat.

Disiarkan pada: March 19, 2023 @ 1:54pm
d