Bola Sepak

Ronaldo ucap Ramadan Mubarak

Oleh Agensi

Riyadh: Pemain antarabangsa Portugal Cristiano Ronaldo mencuri perhatian di media sosial selepas menghantar mesej kepada masyarakat Muslim sempena kedatangan Ramadan.

Ramadan, bulan kesembilan dalam kalendar Islam disambut dengan ibadah puasa dan solat Tarawih di sebelah malam.

Muslim dilarang makan dan minum pada siang hari dan hanya berbuka puasa selepas matahari terbenam.

Tempoh ibadah suci itu bermula 22 Mac sehingga 21 April tahun ini.

Ronaldo yang menjadi duta tidak rasmi Arab Saudi mengambil peluang dengan mengucapkan Ramadan Mubarak.

Dalam ciapannya di Twitter, pemain Al Nassr itu berkata:

"Ramadan Mubarak kepada semua penganut Muslim di serata dunia."

Ciapan itu menarik perhatian peminat dengan ramai yang berterima kasih dengan ucapan itu.

Disiarkan pada: March 23, 2023 @ 9:52pm
d