Bola Sepak

Cools teruja atasi Turkmenistan

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Kapten 'Marvel' bagi skuad Harimau Malaya, Dion Cools nyata gembira dengan kemenangan diraih bersama rakan sepasukan ketika menunjukkan Turkmenistan 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, malam semalam.

Kegembiraan tonggak pertahanan tengah itu dapat dilihat di laman Instagram miliknya apabila meninggalkan 'caption W' yang bermaksud menang.

"W (bermaksud menang) lagi", dengan emoji kesejukan yang sinonim dengan dirinya dilabel pemain yang 'cool' atau tenang.

Kemenangan sekali lagi yang dimaksudkan oleh pemain warisan berdarah Malaysia-Belgium itu adalah kejayaan pasukan menunjukkan Turkmenistan buat kali kedua berturut-turut.

Tahun lalu ketika di pusingan Kelayakan Piala Asia, skuad negara turut menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 3-1 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di mana Malaysia layak ke Piala Asia selepas muncul sebagai lima naib juara terbaik di peringkat itu.

Kehadiran Cools di benteng pertahanan sememangnya memberi keseimbangan dalam pasukan kebangsaan.Pengalaman luasnya di pentas Eropah dengan pernah beraksi dalam Liga Juara-Juara dan Piala Europa sebelum ini berjaya membantu pasukan negara membina tembok kukuh di bahagian bawah.

Selepas ini, skuad negara akan turun menentang Hong Kong dalam aksi persahabatan kedua Selasa ini.

Disiarkan pada: March 24, 2023 @ 10:46pm
d