Bola Sepak

Tuchel terkejut dilantik sebagai jurulatih Bayern

Oleh AFP

Munich: Jurulatih Bayern Munich yang baharu dilantik Thomas Tuchel berkata beliau terkejut apabila ditawarkan jawatan itu.

Tuchel, 49, menggantikan Julien Nagelsmann yang dipecat oleh juara enam kali Liga Juara-Juara.

Nagelsmann kehilangan jawatannya selepas penyandang juara Liga Jerman itu setakat ini hanya menghuni tangga kedua tetapi beliau berjaya membawa Bayern mara ke suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan.

Tuchel, dipecat dari Chelsea pada September walaupun membimbing mereka muncul juara Liga Juara-Juara 2021.

"Percaya atau tidak, saya agak terkejut dalam 30 saat pertama perbincangan pertama kami," kata Tuchel kepada pemberita.

"Saya tidak tahu apa yang kami bincangkan. Ia menjadi lebih jelas sekarang.

"Saya benar-benar terkejut. Tempohnya adalah sangat mengejutkan. Tiada perbincangan atau mereka tidak menghubungi saya pun sebelum ini,"

Disiarkan pada: March 25, 2023 @ 10:15pm
d