Bola Sepak

Woods sahut cabaran Augusta National

Oleh AFP

Augusta: Tiger Woods berkata dia berasa lebih kuat berbanding tahun lalu ketika sedang melakukan persiapan untuk beraksi di saingan Masters.

Setahun lalu, Woods mengejutkan dunia golf dengan bermain kejohanan sama, 14 bulan selepas mengalami kecederaan kaki yang serius kerana terbabit kemalangan kereta pada 2021.

Pemenang 15 kejuaraan utama itu bergelut untuk berjalan sepanjang 72 lubang dan menduduki tempat ke-47 di Augusta National tetapi kini berkata tahap kecergasannya semakin baik menjelang saingan minggu depan di Georgia.

"Asas permainan saya semakin baik. Itulah salah satu sebab mengapa saya dapat melakukan pukulan lebih baik.

"Saya boleh melakukan segala-galanya tetapi kurang berjalan serta bermain golf dan inilah cabaran sebenarnya," katanya.

Tahun lalu Woods, 47, mengurangkan jadual di saingan Masters apabila menarik diri sebelum pusingan akhir di Kejuaraan PGA dan terlepas cut di Terbuka British.

"Saya tidak akan bermain kejohanan lain selain gelaran utama. Itu sahaja yang dibenarkan oleh badan saya ketika ini," kata Woods.

Disiarkan pada: April 2, 2023 @ 11:14am
d