Bola Sepak

Tiada alasan kegagalan Liverpool ke Liga Juara-Juara - Salah

Oleh AFP

Manchester, United Kingdom: Mohamed Salah berkata "tiada alasan" untuk kegagalan Liverpool melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tujuh musim selepas Manchester United mengesahkan tempat terakhir dalam empat teratas Liga Perdana awal pagi tadi.

Kemenangan 4-1 United ke atas Chelsea memastikan Red Devils akan menyertai Manchester City, Arsenal dan Newcastle sebagai wakil England dalam pertandingan kelab elit Eropah musim depan.

Liverpool mengalami kemerosotan drastik dalam prestasi musim ini dan kejatuhan hampir empat kali ganda yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kebangkitan pada lewat musim terlalu singkat dan 10 perlawanan tanpa kalah hanya menjamin tempat kelima untuk beraksi di Liga Europa musim depan.

"Saya "benar-benar kecewa," Salah, yang menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan musim ini, menyatakan perkara itu di media sosialnya.

"Tidak ada alasan sama sekali untuk ini. Kami mempunyai segala yang kami perlukan untuk mara ke Liga Juara-Juara tahun depan dan kami gagal.

"Kami adalah Liverpool dan perlu layak ke pertandingan itu. Saya minta maaf tetapi terlalu cepat untuk tidak merasa kecewa atau optimistik. Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri."

Musim depan akan menjadi kali pertama Liverpool tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak Salah menyertai kelab itu pada 2017.

Bagaimanapun, dia kelihatan menamatkan sebarang spekulasi mengenai masa depannya apabila dia menandatangani kontrak baru tiga tahun di Anfield tahun lalu.

Disiarkan pada: May 26, 2023 @ 7:39am
d