Bola Sepak

CEO MFL kini bergelar Datuk

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam dianugerahkan gelaran Datuk, hari ini.

Gelaran itu diterima daripada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Menerusi satu kenyataan media dikeluarkan MFL, Presiden MFL iaitu Datuk Ab Ghani Hassan dan seluruh barisan pegawai pengelola Liga Malaysia itu mengucapkan tahniah di atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) itu.

"Ab Ghani bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja MFL mengucapkan tahniah kepada Datuk Stuart Ramalingam atas penganugerahan ini," kata kenyataan itu.

Stuart, 46, yang dilantik selaku CEO MFL pada 1 September 2021 adalah antara 28 individu yang menerima darjah kebesaran PJN pada istiadat penganugerahan di Istana Negara.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 16 Julai 2018 sebelum menyertai MFL.

Disiarkan pada: June 5, 2023 @ 10:26pm
d