Bola Sepak

Bekas pemain kebangsaan 'tinju' awek?

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

"Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering 'naik tangan' apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu.

"Setakat ini, wanita itu mendakwa sudah membuat sebarang laporan polis berkaitan tindakan pemain bola sepak itu," katanya.

Kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Hana Rose memuat naik beberapa keping gambar tangannya cedera beberapa jam lalu.

"Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita bule jadi budu dengan yang dia sayang, berdiam n bertahan.

"Sekarang saya phobia dan trauma," tulisnya di laman istagram drhanarose.

Disiarkan pada: June 8, 2023 @ 11:44am
d