Bola Sepak

Aguero tiup semangat untuk Sri Pahang

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Sri Pahang FC yang berada di kedudukan keempat Liga Super ketika ini mahu pencapaian terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

Kapten pasukan, Sergio Aguero berkata, pencapaian itu selepas mengharungi 14 perlawanan yang memberi inspirasi terbaik buat skuad Tok Gajah.

"Bagi saya, kedudukan ini baik buat pasukan biarpun berkongsi 28 mata dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC. Oleh itu, saya dan rakan sepasukan akan memberi tentangan dan berjuang sehingga perlawanan terakhir untuk meletakkan kedudukan terbaik buat skuad Pahang musim ini," katanya.

Selepas 14 perlawanan, skuad kendalian Fandi Ahmad berada di kedudukan keempat liga tetapi berkongsi 28 mata dengan Kedah yang berada di kedudukan ketiga.

Mengulas kecederaan otot yang dialami hingga terlepas beberapa perlawanan, Aguero berharap dapat kembali menjalani latihan bersama pasukan.

"Saya harap minggu ini dapat kembali berlatih seperti biasa tetapi segalanya bergantung kepada pasukan perubatan. Saya sedih apabila tidak dapat beraksi tetapi gembira dengan pencapaian Sri Pahang yang mempamer semangat juang tinggi ketika ini," katanya.

Disiarkan pada: June 15, 2023 @ 4:54pm
d