Bola Sepak

Vida, Erfan dan Zamsaham tonton aksi Kelantan, JDT

Oleh Nor Amalina Alias

Kota Bharu: Kelibat usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dilihat ketika aksi perlawanan Liga Super antara Kelantan FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.  

Vida, dilihat berada bersebelahan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyaksikan perlawanan yang berkeputusan Kelantan kalah 0-5 kepada JDT.   

Vida atau nama sebenar Datuk Seri Hasmiza Othman yang pernah menjadi penaja TRW pada tahun 2016 dilihat serius mahu mengambil alih TRW dengan kehadirannya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.   

Selain Vida, pesaingnya, Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan turut kelihatan di stadium.  

Menurut Erfan, dia memang sering hadir ke stadium setiap kali perlawanan berlangsung. 

Akhbar sebelum ini ,melaporkan Vida dan Erfan antara individu yang berminat untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW) selepas Zamsaham mahu melepaskan kelab itu. 

Namun sehingga kini, Zamsaham dilihat masih 'bertarik tali' memandangkan masih sayangkan TRW apatah lagi apabila satu per satu masalah dalam TRW berjaya diatasi termasuk soal bayaran gaji pemain dan isu pengurusan.

Bagaimanapun, Vida dan Erfan mendedahkan sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) bersama Zamsaham.

Disiarkan pada: July 15, 2023 @ 12:05am
d