Bola Sepak

KL City mungkin pertaruhkan pemain muda lagi

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City (KL City) FC kemungkinan sekali lagi akan mempertaruhkan barisan pemain muda apabila berkunjung ke Stadium Perak di Ipoh, malam esok.

Menurut pengendali KL City, Nenad Bacina ketika terdapat beberapa tonggak utama belum lagi pulih sepenuhnya sekali gus memaksa beliau mempertaruhkan pemain muda untuk bertemu Perak.

Beliau berkata, barisan pemain muda KL City menunjukkan peningkatan mendadak sekali gus mampu menggalas cabaran jika mereka diturunkan esok.

"Ada beberapa pemain tonggak dilihat masih lagi belum pulih sepenuhnya sekali gus mungkin terlepas peluang menentang Perak di Stadium Perak.

"Jika situasi berkenaan berlaku, saya mempunyai barisan pemain muda yang bagus. Mereka sudah buktikan keupayaan pada perlawanan kedua Piala Malaysia ketika menentang Penang baru-baru ini.

"Kami hadir dengan misi mahu mengutip tiga mata penting untuk KL City bagi mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super," katanya.

Selain itu, Bacina berkata, dua ubi muda KL City iaitu Haqimi Azim Rosli dan T Saravanan semakin matang dan boleh menggalas tanggungjawab sebagai pemain utama pasukan.

"Haqimi dan Saravanan adalah pemain yang berpotensi dan memiliki kebolehan menakjubkan sekali gus tidak berhadapan masalah jika diturunkan kelak.

"Mereka masih muda dan memiliki masa depan cerah untuk terus mengembangkan bakat mereka di peringkat lebih tinggi," katanya.

Disiarkan pada: August 26, 2023 @ 2:57pm
d