Bola Sepak

Dua aksi persahabatan tingkat prestasi Sri Pahang

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Sri Pahang FC akan mengadakan dua aksi persahabatan dalam usaha mengekalkan prestasi skuad itu susulan tempoh rehat saingan Liga Super.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, perlawanan itu diyakini mampu untuk mengekalkan prestasi konsisten pemain Tok Gajah yang kini meletakkan kedudukan kelima selepas mengharungi 20 perlawanan.

"Tetapi pemain diberikan rehat selama empat hari dan sesi latihan akan bersambung 1 September ini.

"Mengikut perancangan, dua perlawanan persahabatan akan diadakan dalam tempoh rehat liga.

"Saya harap pemain dapat mengekalkan prestasi dan mempertingkatkan persefahaman untuk meletakkan pasukan ini pada prestasi terbaik sebaik liga bersambung nanti.

"Sepanjang tempoh rehat ini, hanya tiga pemain yang tidak bersama pasukan iaitu kapten, Sergio Aguero, Nor Azam Azih, dan Nur Shamie Iszuan Amin yang bersama Harimau Malaya," katanya.

Mengulas prestasi tidak konsisten pemain pada setiap perlawanan, Fandi berkata, tempoh rehat itu diharap membantu untuk mengatasi masalah itu.

Katanya, persembahan konsisten pada setiap perlawanan penting untuk memastikan pasukan tidak kehilangan mata.

"Masalah utama apabila selesa mendahului lawan, pemain hilang tumpuan dan bermain secara santai yang menyebabkan lawan mengambil kesempatan," katanya.

Disiarkan pada: August 29, 2023 @ 3:54pm
d