Bola Sepak

Awek Jepun 'cair' tengok Hadi Fayyadh

Oleh Amirul Fazli Zulkafli

Kuala Lumpur: Meskipun aksi di atas padang kurang mendapat tumpuan namun kemesraan pemain bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak memberi layanan istimewa ketika bergambar bersama seorang wanita menarik perhatian orang ramai.

Ramai berkata gadis itu adalah peminat beliau namun melihat beberapa komen di akaun Tiktok, Mr.MiguelBotak, menyatakan itu adalah kekasih hati kepada pemain itu.

"Itu memang awek (kekasih hati) dia orang Jepun itu," kata Faizul Ismail.

"Tidak sia-sia merantau main dekat Jepun, bawak balik awek (kekasih hati) lawa oooo,ikut la jejak beliau," kata かずま.

"Awek (kekasih hati) Hadi itu ada follow di Instagram kedua-dua saya follow," kata AK47.

Sama cantik sama padan. Itulah istilah paling tepat boleh digunakan untuk memberi gambaran kepada mereka berdua itu.

Mungkin gadis Jepun berkenaan melihat pemain berusia 23 tahun itu mempunyai rupa seiras orang di sana membuatkan dia terpikat dengan belia.

Namun begitu, ada juga segelintir peminat memberi komen berkenaan prestasi dirinya yang kurang menyakinkan musim ini.

"Hadi Fayyadh ini boleh jadi superstar (bintang) di Perak tapi itulah tiada rezeki di Perak," kata Muhamad Saiful.

"Dalam padang main lembik,"kata Naeem.

"Oo ini pemain yang pakai 'cable' tu," kata Daddy Alesha.

"Gadis Jepun itu bukan tahu pasal bola, asal kacak ja kaki bangku dia minat," kata eBy7009.

"Hadi Fayyadh raja kaki bangku di Perak sesuatu ketika dulu," kata Adipbroken.

Hadi Fayyadh kembali ke tanahair selepas beberapa tahun berkelana di Jepun untuk bermain bersama Perak dengan harapan mampu membantu skuad muda Perak.

Bagaimanapun prestasi Hadi tidak seperti diharapkan menyebabkan beliau dipinjamkan ke PDRM untuk baki saingan Liga Malaysia.

Setakat ini, dia masih gagal menunjukkan sesuatu yang luar biasa meskipun mendapat latihan di Jepun.

Dari 17 perlawanan diharungi musim ini, dia hanya mampu meledak satu jaringan sahaja ketika bertemu Selangor FC dalam saingan Piala Malaysia.

Disiarkan pada: October 8, 2023 @ 5:14pm
d