Bola Sepak

Ake terpaksa lupakan aksi antarabangsa

Oleh Reuters

Amsterdam: Nathan Ake menarik diri daripada menyertai skuad Belanda untuk dua perlawanan terakhir kelayakan Euro menentang Ireland dan Gibraltar kerana kecederaan.

Pemain Manchester City itu adalah pertahanan terbaru yang menyertai senarai kecederaan Belanda, selepas Sven Botman, Matthijs de Ligt, Jurrien Timber dan Micky van de Ven.

Bagaimanapun, Belanda dilihat sudah mampu mengesahkan slot ke Euro tahun depan di Jerman.

Ake, yang mempunyai 42 caps, terlepas perlawanan dramatik Liga Perdana City dengan Chelsea pada hari Ahad.

Baik kelab mahupun Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) tidak memberikan sebarang butiran mengenai kecederaan itu.

KNVB berkata ia tidak akan memanggil pengganti Ake untuk perlawanan menentang Ireland di Amsterdam dan Gibraltar di tempat lawan pada 21 November.

Belanda akan layak ke kejohanan itu jika mereka berjaya menumpaskan Ireland.

Disiarkan pada: November 13, 2023 @ 7:51pm
d