Bola Sepak

Sheffield pecat jurulatih

Oleh AFP

London: Sheffield United hari ini melantik semula Chris Wilder sebagai pengurus selepas memecat Paul Heckingbottom susulan permulaan buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

CEO Stephen Bettis berkata, kelab yang menduduki tangga tercorot memerlukan lonjakan untuk menyelamatkan nasib mereka.

Heckingbottom muncul pengurus pertama dalam liga utama Inggeris yang dipecat musim ini selepas 11 kekalahan dalam 14 aksi liga dan kini empat mata daripada zon selamat.

Bettis dalam kenyataan kelab menghargai dan memuji dedikasi dan profesionalisme Heckingbottom.

"Namun selepas terperosok di kelompok bawahan dan beberapa keputusan mengecewakan, perubahan perlu dilakukan untuk meningkatkan kembali prestasi kelab dan terus kekal bersaing di EPL," katanya. .

Sejurus selepas itu, kelab mengeluarkan kenyataan baharu yang mengesahkan Wilder kembali menduduki kerusi panas dan menandatangani kontrak sehingga 2025.

Disiarkan pada: December 5, 2023 @ 10:10pm
d