Bola Sepak

Lega nampak Corbin berlatih

Oleh Amirul Fazli Zulkafli

Kuala Lumpur: Kelibat pemain pertahanan kental, Corbin Ong dalam kem latihan skuad Harimau Malaya ternyata melegakan peminat boleh sepak yang berharap pemain itu akan cepat pulih daripada kecederaan sekali gus dapat diturunkan dalam perlawanan pembukaan Piala Asia nanti.

Sebelum ini tersebar secara desas-desus di media sosial apabila dikatakan dia tidak dapat diturunkan pada perlawanan pertama sehingga ada risau ketiadaan pemain itu.

Hasil tinjauan Arena Metro di laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati penyokong Harimau Malaya begitu gembira selepas FAM memuat naik gambar dia bersama rakan-rakan sedang berlatih.

"Alhamdulillah lega rasanya bila lihat Corbin Ong mula turun berlatih," kata Izzat Aiman.

"Risau betul bila dapat tahu La Vere Corbin Ong ini cedera. Dia tak boleh tak main masa perlawanan pertama nanti, dia kena main woo, padu (hebat) dia ini," kata Rayyan Harith.

Namun begitu, ada juga segelintir peminat berpendapat jika pemain kelahiran England itu tidak benar-benar cergas, sebaiknya tidak diturunkan dan harus percaya kepada perancangan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam menyusun strategi.

"Kalau tak fit 100 peratus baik jangan main tak apa, Daniel Ting ada, tak perlu ambil risiko," kata Afiq Firdaus.

Disiarkan pada: January 12, 2024 @ 9:12pm
d