Bola Sepak

Suzuki akan bangkit dari memori pahit

Oleh AFP

Doha: Jurulatih Jepun menjangkakan penjaga gol muda mereka, Zion Suzuki akan bangkit daripada "memori pahit" selepas prestasi goyah yang dipamerkan selepas kekalahan mengejut 1-2 kepada Iraq di Piala Asia 2-1.

Suzuki hanya membuat enam kemunculan bersama negara itu, melepaskan dua gol pada separuh masa pertama oleh Aymen Hussein untuk memberikan penyerang itu gol pertamanya selain gagal menyambut hantaran lemah yang terus kepadanya.

Dengan Iraq mara ke pusingan 16 terakhir, pasukan pilihan Jepun akan berdepan Indonesia Rabu ini untuk menentukan siapa yang akan layak ke pusingan seterusnya selaku pasukan naib juara daripada Kumpulan D, biarpun pasukan di kedudukan ketiga juga sudah memadai.

Suzuki yang berusia 21 tahun itu juga melakukan kesalahan dalam perlawanan pembukaan Jepun menentang Vietnam, melepaskan dua gol pada separuh masa pertama sebelum mereka mengubahnya untuk menang 4-2.

"Dia bolos dua kali dalam dua perlawanan terakhir tetapi dia masih muda," kata jurulatih Hajime Moriyasu.

"Apabila anda tidak mempunyai banyak pengalaman, anda membuat kesilapan, dan itulah kesnya sama ada anda seorang penjaga gol atau dalam mana-mana bidang kehidupan yang lain."

Suzuki berpindah ke Sint-Truiden Belgium musim panas lalu selepas menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama juara kelab Asia, Urawa Red Diamonds di bangku simpanan.

Moriyasu mempunyai beberapa pilihan penjaga gol lain dalam skuadnya.

Daiya Maekawa hanya mempunyai satu cap dan pilihan ketiga, Taishi Brandon Nozawa masih belum bermain untuk negaranya.

Penjaga gol Piala Dunia 2022 Jepun, Shuichi Gonda tidak disenaraikan tetapi Moriyasu percaya Suzuki bersedia dengan tugas itu.

"Saya fikir dia mempunyai masa depan yang cerah di hadapannya," katanya.

"Baginya dan untuk pasukan ia akan menjadi kenangan yang menyakitkan, tetapi saya mahu dia menyahut cabaran itu."

Disiarkan pada: January 20, 2024 @ 11:34am
d