Bola Sepak

10 gol sasaran Luqman di Jepun

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Semangat samurai jelas sekali sudah meresap dijiawa pemain muda negara Luqman Hakim Shamsudin apabila dia meletakkan sasaran untuk menjaringkan 10 gol pada musim pertama di negara matahari terbit.

Berdasarkan kepada video pengenalan kelabnya Yokohama SCC, Luqman yang bakal beraksi di divisyen tiga jepun secara pinjaman menyimpan hasrat untuk mencipta nama bersama pasukan terbaharunya itu.

Luqman yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, cukup teruja dan bersedia membuatkan penghijrahannya ke Jepun adalah berbaloi.

"Saya tidak tahu, mungkin sebanyak mana saya boleh lakukan, dalam 10 gol, saya akan cuba sebaik mungkin,"katanya.

Tonggak skuad bawah 23 tahun negara itu antara yang kekal berjuang di luar negara tatkala sebelum ini beberapa pemain seperti R. Kogileswaran dan Hadi Fayyadh pulang beraksi di Malaysia.

Aksi terdekat Yokohama SCC adalah berdepan Toyama di laman sendiri pada 23 Februari 2024.

Disiarkan pada: February 10, 2024 @ 9:04pm
d