Bola Sepak

Zamri Pin sertai KDA FC

Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Selepas tiga musim bersama Negeri Sembilan FC (NSFC), pemain pertahanan kiri, Mohamad Zamri Pin Ramli membawa hala tuju baharu apabila menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2024-2025.

Penghijrahan pemain berasal dari Kulim, Kedah itu menamatkan dakwaan dan desas desus dalam kalangan penyokong mengenai kemungkinan pemain itu bersama pasukan Sang Kenari.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui teruja menyertai kelab bola sepak negeri kelahirannya itu yang sangat diimpikannya sejak dulu lagi selepas banyak beraksi dengan pasukan lain, lebih 10 tahun lalu.

"Saya gembira dapat menyertai kelab negeri kelahiran selepas menyumbang kepada banyak kelab lain yang beraksi dalam Liga M sebelum ini.

"Ini bermakna, impian saya untuk menyertai dan memberi sumbangan kepada pasukan negeri akhirnya tercapai apabila KDA FC menerima saya sebagai sebahagian daripada skuad mereka.

"Saya teruja kerana Kedah adalah pasukan yang memiliki reputasi besar dan berada dalam kelompok tiga teratas carta Liga Super musim lalu," katanya.

Disiarkan pada: March 6, 2024 @ 7:04pm
d