Bola Sepak

Klopp tak risau Salah tumpul

Oleh Agensi

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp tidak bimbang dengan ketumpulan Mohamed Salah di depan gol kerana dia terus menjadi penyelamat pada detik penting ketika menjaringkan gol kemenangan ke atas Brighton semalam.

Percubaan voli Luis Diaz membolehkan pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan selepas Danny Welbeck meletakkan Brighton di depan tetapi Reds memerlukan ketenangan Salah untuk Liverpool memastikan kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

Salah membuat 12 percubaan ke arah gol, paling banyak dilakukannya dalam satu aksi EPL dan rekod terbanyak oleh pemain Liverpool di kejohanan itu.

Di sebalik kegagalan itu, Salah masih mampu menjaringkan gol penting untuk Liverpool dalam persaingan sengit memburu gelaran liga bersama Arsenal dan Manchester City.

"Bayangkan jika Mo dapat menjaringkan gol dalam semua situasi. Sudah tentu gila," kata Klopp. pp.

"Kami perlukan dia untuk terus mencuba. Mo seperti yang lain agak terburu-buru untuk tetapi dia kemudiannya tenang pada saat penting untuk mendapatkan gol kemenangan. rything.

"Darwin (Nunez) membuka banyak ruang lawan, Lucho (Diaz) juga mantap, kedua-duanya beraksi sangat baik hari ini (semalam).

"Bahagian tengah mereka turut hebat dan ia perlawanan sangat bagus menentang lawan yang memaksa anda bekerja keras. Anda perlukan intensiti tinggi dan kami berjaya melakukannya."

Disiarkan pada: April 1, 2024 @ 9:23am
d