E-Sukan

Toyota Gazoo Racing anjur e-sukan

Oleh Lizam Ridzuan

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menganjurkan Toyota Gazoo Racing Online Challenge iaitu aktiviti perlumbaan maya pertama daripada jenama automotif yang diadakan di negara ini.

Ketua Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata selepas aktiviti perlumbaan dihentikan akibat penularan Covid-19, ia sebagai kesinambungan kepada Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports yang diadakan sebelum ini.

"Meskipun pandemik itu memberi kesan ke atas aspek fizikal perlumbaan namun falsafah Gazoo Racing tetap dilanjutkan melangkaui litar sebenar dengan membawa cabarannya secara maya pula," katanya dalam satu siaran media.

Aktiviti diadakan dari 23 April hingga 21 Mei lalu sebanyak lima pusingan, menarik minat peserta seawal usia enam tahun dalam pertandingan permainan Gran Turismo Sport melalui platform Sony Playstation untuk mencari pemandu terpantas dengan tawaran hadiah bernilai RM7,500.

Oleh kerana sambutan menggalakan, fasa kedua akan diadakan pada 12 Julai nanti yang menyaksikan pelumba-pelumba terbaik daripada fasa pertama berentap dalam pusingan akhir.

Format pertandingan terdiri daripada empat pusingan kejuaraan mini dengan menampilkan jentera-jentera lumba ikonik seperti Toyota GT86 Gr. B Rally esklusif untuk Gran Turismo.

Mereka akan bersaing dalam litar ternama dunia seperti Red Bull Ring dan Autodromo De Interlagos menggunakan format kedudukan grid terbaik.

Melalui perkembangan lain Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports kali ketiga akan diadakan pada Ogos hingga September tahun ini dan sebagai tambahan, Toyota Motor Asia Pasifik (TMAP) menganjurkan GR Supra GT Cup Asia 2020 iaitu perlumbaan maya serantau pada Oktober.

Pusingan kelayakan diadakan di Malaysia (melalui

Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports), Thailand, Singapura, Filipina dan India dari Julai

hingga September untuk memilih tiga pelumba terbaik yang akan mewakili negara masing-

masing ke perlumbaan akhir.

Sementara itu Presiden UMWT Ravindran K berkata e-sukan semakin berkembang di peringkat serantau sebagai pengganti kepada perlumbaan sebenar yang merancakkan lagi sukan perlumbaan maya di Malaysia.

"Perlumbaan simulator memberi kesan besar terhadap aktiviti ini yang berjaya menarik penggiat sukan elektronik serta pelumba sebenar menyertainya," katanya.

Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 12:03pm
d