E-Sukan

Lando Norris lancar pasukan e-sukan

Oleh Agensi

London: Pelumba Formula Satu (F1) dari Britain, Lando Norris mengumumkan pelancaran pasukan e-sukan sendirinya diberikan nama Quadrant.

Pelumba berusia 20 tahun itu berjaya menghimpunkan ramai pengikut di alam maya awal tahun ini ketika dia mengambil bahagian dalam perlumbaan virtual sementara perlumbaan F1 ditangguhkan kerana Covid-19.

Usaha Norris itu akan menyaksikan dia bergandingan dengan beberapa pemain video alam maya terkemuka.

"Quadrant adalah sesuatu yang saya mahu tubuhkan sejak sekian lama," katanya kepada BBC Sport.

"Perintah berkurung mempercepatkan perkara ini kerana saya banyak menghabiskan masa streaming online dan mempelajarinya dengan lebih mendalam.

"Ia sememangnya membuatkan saya mahu melakukannya dengan lebih cepat." kata Norris pelumba McLaren dalam F1.

Dia mengikut jejak seorang lagi pelumba F1, Romain Grosjean yang melancarkan pasukan e-sukan selepas pelumba dari Perancis itu mengumumkan R8G Sim Racing pada April lalu.

Disiarkan pada: November 7, 2020 @ 6:28pm
d